Monday, March 26, 2007

Pesta Songkran

Songkran merupakan perayaan tahun baru tradisional Siam. Masyarakat Siam di Kelantan turut menyambut perayaan tahun baru ini. Perayaan ini juga dikenali sebagai pesta Songkran.
Songkran disambut berdasarkan kepada Kalendar lunar Siam iaitu pada bulan kelima semasa bulan purnama dan jatuh pada hari kelima belas. Sekiranya mengikut kalendar masihi, pesta Songkran ini disambut pada pertengahan bulan April.
Pesta Songkran ini juga lebih dikenali sebagai pesta mandi air iaitu mereka akan menyimbah air sesama mereka dan juga kepada orang ramai. Kebetulan pesta Songkran ini adalah jatuh pada hari yang terpanas dalam satu tahun.
Dalam konteks, Negara Malaysia yang berbilang kaum, kebudayaan dan adat resam, pesta Songkran menjadi simbol perpaduan, kemakmuran dan keamanan dengan penyertaan pemimpin-pemimpin dan masyarakat yang berbilang kaum.
Semangat dan nilai-nilai murni yang sejagat dalam Perayaan Songkran seperti berbudi bahasa, menghormati budi dan penghargaan terhadap orang tua, bersopan santun dan bersyukur adalah nilai teras pembentukan masyarakat Malaysia yang berbudi bahasa.

2 comments:

try to learn said...

very good.

i can learn lot from your blog

thany you. saras

thejournalasia said...

selain di kelantan di kuala lumpur ada tak sambutan perayaan ini?di mana?