Monday, March 26, 2007

Maulidur Rasul

Perkataan 'maulid' berasal daripada Bahasa Arab yang bermaksud hari lahir seseorang. Apabila disebut 'Maulidur Rasul', umum memahami ungkapan ini bermaksud hari keputeraan Junjungan Besar, Nabi Muhammad S.A.W. Nabi Muhammad S.A.W. dilahirkan di Tanah Suci Makkah pada 20 April tahun Masihi 571 bersamaan 12 Rabiulawal Tahun Gajah.

Oleh yang demikian, hari maulid ini dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Negara kita turut memuliakan dan merayakan hari maulid. Hari maulid ini menjadi hari cuti umum di negara kita kerana agama Islam merupakan agama rasmi di negara ini.

Maulidur Rasul disambut dan dirayakan dengan berbagai-bagai cara di negara kita. Setiap kerajaan negeri akan mengadakan sambutannya secara besar-besaran.

Lazimnya, mengadakan syarahan memperingati Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W, orang ramai berselawat, perarakan, dan lain-lain. Di kalangan masyarakat pula, mereka mengadakan majlis berselawat dan jamuan. Sambutan ini diadakan di rumah dan masjid. Di sesetengah tempat pula, mereka mengadakan majlis membaca riwayat maulid, iaitu sebuah kitab yang ditulis khas tentang riwayat hidup Nabi Muhammad S.A.W.

6 comments:

zais said...

blog yang menarik.

ffrm said...

banyaknye maklumat.....

Miss EnaManjalara said...

thanks 4 ure information.

alif amzar said...

baGuz..b0ley wat kRja khusus sejarah...thakz

alif amzar said...

baguz//ley lar wat krja khusus sejarah f3...thankz

hidupku simple said...

nice .
ley wt folio sej form3