Monday, March 26, 2007

Hari Sembilan Maharaja Dewa

Perayaan Sembilan Maharaja Dewa juga dikenali sebagai Kow Wong Yeh disambut pada hari kesembilan pada bulan sembilan dalam kalender lunar Cina. Penganut kepercayaan Taoist akan berkumpul di kuil untuk menyambut perayaan ini.

Sembilan Maharaja Dewa merupakan kult bomoh kuasa halus "spirit-medium cult" yang dikenali sebagai 'Jieu Hwang Yeh'. Sembilan Maharaja Dewa ini dipercayai tinggal di syurga di langit di bawah pemerintahan 'Thien Hou', Ratu Syurga yang menjaga buku kehidupan dan kematian. Sembilan Maharaja Dewa ini juga merupakan anak kepada 'Thien Hou' Ratu Syurga ini. Pada petang bulan kesembilan, tokong Dewa mengadakan upucara untuk memuja dan menyambut 'Jien Hwang Yeh'. Pada sebelah petang hari kesembilan pada bulan sembilan dalam kalender lunar Cina, satu tempat menyembah akan disediakan, sementara satu tempat khas akan ditanda dengan bendera. Orang ramai akan menyalakan lilin dan membakar gaharu ketika upacara sembahyang dilakukan dengan diiringi bunyi gong, gendang, dan sebatan. Selepas itu mereka akan bersiap sedia untuk menyambut ketibaan Sembilan Maharaja Dewa itu.

Oleh kerana ketibaan Sembilan Maharaja Dewa dipercayai sampai melalui jalan air, perarakan diadakan dari kuil ke tepi pantai atau sungai sebagai lambang kepercayaan ini. Pengikut Taoist berpakaian serba putih, membawa gaharu dan lilin, menunggu ketibaan 'Maharaja.'

Setelah rombongan yang membawa Sembilan Maharaja Dewa kembali daripada tempat mereka menjemput ketibaan Sembilan Maharaja Dewa, kerusi tandu tersebut akan diletakkan di dalam tokong di satu tempat khas. Dengan tamatnya upacara ini, bermulalah perayaan Sembilan Maharaja Dewa dengan rasminya. Tanglong akan dipasang dikemuncak tiang yang tinggi sebagai permulaan perayaan Sembilan Maharaja Dewa.

Suasana berpesta menyelubungi kuil sepanjang perayaan sembilan hari. Dalam tempoh ini, bunyi loceng sembahyang dan penyembahan oleh para sami didengari secara berterusan. Kebanyakan pengikut Taoist tinggal di tokong, memakan sayur-sayuran sahaja dan menyembah secara berterusan.

Sementara itu ban roti berbentuk penyu yang bertulis perkataan yang baik-baik seperti Hidup Aman dan Panjang Umur, Keluarga Bahagia, dan Keluarga Sihat dan Kaya. Roti-roti ini akan diletakkan di tokong untuk mendapatkan restu Sembilan Maharaja Dewa ketika mereka berada di sana. Selepas itu roti-roti ini akan dibawa balik untuk dimakan.

Perayaan Sembilan Maharaja Dewa ditamatkan dengan perarakan besar-besaran bertujuan menghantar Sembilan Maharaja Dewa pulang kembali melalui jalan air.

2 comments:

Emy said...

bahan rujukan menarik

aizat said...

so great