Monday, March 26, 2007

Hari Keamatan


Pesta Kaamatan atau Pesta Menuai ini disambut oleh kaum Kadazans / Dusuns sebagai meraikan tuaian yang baik, tetapi Pesta Kaamatan juga disambut oleh semua kaum lain di Sabah. Pesta Kaamatan biasanya disambut sepanjang bulan Mei. Kemuncak perayaan Kaamatan adalah peraduan ratu cantik, tarian tradisi, dan upacara kemuncak yang dijalankan oleh Bobohizan "ketua pendita"

Pesta Kaamatan bagi kaum Kadazan juga dikenali sebagai 'Tadau Ka'amatan'. Kaum Kadazan percaya kepada makhluk halus dan mereka mempercayai terdapat lima jenis makhluk halus yang dikenali sebagai :- Kinoingan, Ketua makluk halus dan Pencipta , Rusad semangat semua benda hidup kecuali manusia, Koududuvo semangat manusia, Tombivo semangat orang yang telah meninggal, dan Rogon semangat jahat.

Menurut kepercayaan orang Kadazan, semangat padi merupakan sebahagian daripada Kinoingan - yang juga dikenali sebagai Bambaazon, yang disembah sebagai pencipta dan amat berkuasa sumber kepada kehidupan dan kewujupan. Semangat padi Bambaazon amat dimuliakan pada pokok padi, beras, dan nasi. Ramai yang mempercayai bahawa "Tanpa padi, tiada kehidupan."
Ketika pesta Kaamatan, penduduk Sabah mengenakan pakaian tradisi mereka dan bersuka-ria sepanjang hari. Minuman tapai "arak beras" dihidangkan sebagai minuman istimewa Pesta Kaamatan. Penduduk Sabah akan menyapa sesama mereka dengan ucapan 'Kopivosian Tadau Ka'amatan' atau 'Selamat Hari Menuai'.

2 comments:

anet95_dusun said...

uhuhuhu...si0k bh jdi orng dusun..

joli3 said...

anu ..gylak eh law jad urg kdazan le mnum tapai le tue ..hehehhe..